Assalamualaikum w.b.t....
Pada 6 Julai 2012 yang lepas, suamiku yang tercinta selamat berangkat ke Mekah AlMukarramah untuk menunaikan ibadat Umrah bersama bondanya, sepupu dan makciknya. Terharu bila Allah telah memurahkan rezekinya dan menjemput suamiku untuk ke 'rumahnya'. Walaupun cita-citaku belum kesampaian lagi tetapi sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana suamiku berpeluang ke sana.
Ayang doakan Abang sentiasa tabah dalam menghadapi segala dugaan dan mendapat Umrah yang mabrur. Insyaallah...Ya Allah Engkau permudahkanlah segala urusan suamiku dan memeliharanya sepanjang beliau di sana.
Ya Allah Ya TuhanKu... Engkau permurahkanlah rezeki kami sekeluarga semoga aku dan anak-anak juga berpeluang untuk ke Tanah Haram Mekah. Amin....
Tuesday, July 10, 2012
Thursday, June 21, 2012
Akulah SuperMama
Setiap pagi aku seperti 'lipas kudung'. Terutamanya pada hari persekolahan.
Celik jer mata seawal jam 5.30 am...lepas basuh muka dan gosok gigi, aku bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami. Menu breakfast yang rutin untuk keluarga aku ialah nasi goreng, bihun goreng, kuetiaw goreng dan mee goreng. Kengkadang roti bakar, roti telur dan roti disapu dengan butter atau kaya pun jadi la....hehehe.
Buka peti ais keluarkan bahan-bahan untuk dimasak. Tanganku lincah memotong bawang dan bahan2. Amik kuali, buka api, tuangkan minyak....ceeenggg!!!....bunyi bawang ditumis...hohoho...dah start dah menu aku pagi ni....nasi goreng? bihun goreng? dan macam-macam lagi....
Dah siap masak, bancuh susu siap2 untuk Afif dan Aqil dan hidang atas meja....
Barulah kejut Afif bangun mandi dan solat Subuh. Masa untuk aku bersiram pula....hohoho..
Lepas aku mandi dan solat barulah sesi memujuk Aqil untuk mandi...(ni cite kalau hubby keje shif pagi or malam...so, akulah yang perlu menguruskan dari A - Z. Kalau hubby ada kat rumah, part ni dia yang uruskan...hehe) Afif bila dah siap solat...dia akan buka saji dan makan sarapan yang telah tersedia tanpa banyak soal...apa jer yg mama masak mesti sedap....ekeke....air tangan ibu la katakan. Kadang-kadang baju tak larat nak iron malam td...bergegas la pulok iron baju dan tudung untuk ke opis...tu tak cite lagi pasal adik Aisy. Adik Aisy sekarang dah pandai berdiri dan jalan sikit-sikit sambil pegang sofa atau apa saja yang boleh dicapainya. Explore sana...explore sini...isau adik rebah...mama terpaksa letak dalam playpan bagi mainan banyak-banyak supaya adik leka dengan mainannya. So, mama bolehlah sambung buat kerja yang belum selesai. Itupun tak bleh lama....5 minit je nanti dah nangis minta dikeluarkan dari playpan....huhu.
Diaper adik dah penuh...perlu ditukar.
Siapkan bekal Afif dan Aqil ke sekolah...aku tapaw je sarapan...tak sempat nak sarapan kat rumah. Yang penting perut anak-anak dah kenyang sebelum kuar rumah baru hatiku senang. Hatiku tak senang kalau anak tak sarapan sebelum ke sekolah sebab kuatir perut masuk angin dan tidak dapat tumpukan perhatian kepada pelajaran. Dah siap-siap sume, anak-anak dah ready ke sekolah...masuk kete, tutup pintu rumah, tutup gate, pergi hantar adik Aisy dan Aqil ke rumah Mama Ida (panggilan untuk baby sitter). Aqil jiranku akan pick up dia kat rumah pengasuh dan hantar ke PASTI bersama-sama ngan anaknya. Selepas bersalaman dan mama cium Aqil dan Aisy, aku pecut pulak ke SK Cyberjaya (kalau hubby ada part hantar anak-anak ke sekolah ni dia la yang uruskan. Aku cuma hantar adik Aisy ke rumah baby sitter je)...Sampai di sekolah Afif bersalam dan cium mama. Barulah aku pecut pula Si Kancil ke opis...kerja masa untuk punch card....hohoho.
Itulah rutinku setiap hari.....rutin seorang ibu yang berkerjaya dan sentiasa ingin memastikan keperluan anak-anak sentiasa terjaga..
Walaupun perlu berkerjar setiap pagi, tanpa bantuan maid...namun aku puas kerana dapat menguruskan sendiri anak-anakku. Akulah 'Super Mama'...
Semoga Allah sentiasa memelihara kami sekeluarga dan mempermudahkan segala urusanku seharian. Amin.

Wednesday, June 20, 2012
Senyum Pagi
Seronok melihat anak-anak ceria di pagi hari.
Seronok melayan kerenah anak-anak.
Seronok melihat anak-anak pergi ke sekolah dengan penuh ceria.
Seronok walaupun aku kepenatan melayan kerenah mereka seawal pagi...
Besarnya pengorbanan seorang ibu....tiada kata yang dapat digambarkan akan hikmat yang Allah berikan kepada orang yang bergelar ibu.
Aku bersyukur kerana aku adalah seorang ibu kepada anak-anakku kerana dapat merasai susah payah dan pengorbanan seorang ibu.....Ini membuatkan aku bertambah sayang pada Ma.
Ibu (Ma) adalah segala-galanya...
Dialah orang pertama yang akan tempat anak-anak bermanja.
Dialah yang menjaga makan minum, pakaian...
Dialah orang pertama yang akan berleter jika kami buat salah...
Dialah orang pertama yang berjaga dimalam hari pabila anaknya sakit...hinggalah anaknya dewasa pun, Ma masih sudi menjaga anaknya semasa sakit hendak bersalin dan dalam pantang seperti anak kecil.
Bila aku susah Ma lah orang pertama yang hulurkan bantuan...
Tiada kata yang boleh diucap dan tiada hadiah yang boleh dibalas diatas segala pengorbanan Ma...
untuk membalas segala jasanya...aku cuba untuk memenuhi segala permintaannya....Insyaallah.

EBM expired
Sedih sebab banyak EBM aku terpaksa buang kerana dah lebih 3 bulan. Tak sampai hati aku tengok EBM dibuang begitu je. Kawan opisku suggest gunakan EBM yang dah lebih 3 bulan tu untuk siram pokok dalam pasu di halaman rumah kerana itu adalah rezeki. Bukan atas kerelaan hatiku untuk buang EBM tetapi dikuatiri EBM yang lebih tarikh itu rosak dan untuk mengelakkan sebarang kemudaratan pada anak aku. Kalau ikutkan hati teringin sangat nak beli deep freezer sebab susu akan lebih tahan lama (6 bulan - 1 tahun). So, aku tidak perlu risau tentang stok susu untuk Aisy....tetapi aku perlu fikirkan dimanakah aku nak letak deep freezer tu sebab dapur aku sempit je...huhuhu...
Ya Allah aku mohon ampun padaMu kerana bukan aku tidak bersyukur di atas segala rezeki yang Engkau berikan...aku amat bersyukur di atas segala hikmat yang telah Engkau berikan..malah setiap hari dan setiap waktu aku berdoa supaya Allah permurahkan lagi rezeki aku sekeluarga. Semoga dengan keberkatan susu ibu, anak2 ku menjadi anak yang soleh, cerdik dan sihat sepanjang masa. Amin.

Tuesday, April 3, 2012
Doa ibu bapa
Info
Doa untuk anak
•Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
•Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
•Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
•Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
•Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
•Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
•Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
•Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
(Berita Harian)

Thursday, March 22, 2012
My EBM
Alhamdulillah...rezeki anakku semakin bertambah dari hari ke hari. Berkat usahaku mengepam setiap hari, EBMku semakin bertambah. Dalam sehari aku berjaya mengumpul EBM tidak kurang 25oz....alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa permurahkan rezeki anakku. Now aku perlukan deep freezer kerana freezer yang sedia ada hampir penuh dengan EBM. Dengan deep freezer jugak EBM boleh disimpan sehingga 6 bulan. So, aku tak perlu risau tentang stok untuk Aisy setiap hari. Semoga anak mama sentiasa sihat dengan khasiat dari susu mama dan kasih sayang dari seorang ibu.....
Ada jugak aku duk google survay price....any suggestion deep freezer yang sesuai untuk simpan EBM???....

Thursday, January 12, 2012
Now I Have 4 Heroes
Assalamualaikum w.b.t....
Emmm...lama betul aku tak update blog...dah bersawang da blog aku ni...
Sepanjang aku pregnant malas betul nak bukak laptop. Sampai dah bersalin hari ni baru aku ada mood nak update.
Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan cahaya mata yang ke-3 pada 30 Oktober 2011 jam 5.08am di Hospital Pasir Mas, Kelantan. Baby seberat 3.8kg selamat dilahirkan secara normal. Aku dan husband sepakat untuk namakan baby kami Muhammad Aisy Abrar. Aisy bermaksud 'kehidupan' dan Abrar bermaksud ' golongan orang yang membuat kebaikan'. Semoga anak mama menjadi anak baik dan hamba Allah yang solleh. Aminnn...
Dapat seorang lagi hero yang menjadi penemanku...Now aku dah ada 4 hero (en.suami kekasih hatiku + 3 anak kesayangan mama)...wowwwww..4 hero sudah cukup membuatkan aku rasa kuat.... Semoga anak2 mama menjadi anak yang soleh dan dapat menjaga mama bila dewasa kelak...InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)