Wednesday, June 20, 2012

Senyum Pagi

Seronok melihat anak-anak ceria di pagi hari.
Seronok melayan kerenah anak-anak.
Seronok melihat anak-anak pergi ke sekolah dengan penuh ceria.
Seronok walaupun aku kepenatan melayan kerenah mereka seawal pagi...

Besarnya pengorbanan seorang ibu....tiada kata yang dapat digambarkan akan hikmat yang Allah berikan kepada orang yang bergelar ibu.

Aku bersyukur kerana aku adalah seorang ibu kepada anak-anakku kerana dapat merasai susah payah dan pengorbanan seorang ibu.....Ini membuatkan aku bertambah sayang pada Ma.

Ibu (Ma) adalah segala-galanya...
Dialah orang pertama yang akan tempat anak-anak bermanja.
Dialah yang menjaga makan minum, pakaian...
Dialah orang pertama yang akan berleter jika kami buat salah...
Dialah orang pertama yang berjaga dimalam hari pabila anaknya sakit...hinggalah anaknya dewasa pun, Ma masih sudi menjaga anaknya semasa sakit hendak bersalin dan dalam pantang seperti anak kecil.
Bila aku susah Ma lah orang pertama yang hulurkan bantuan...
Tiada kata yang boleh diucap dan tiada hadiah yang boleh dibalas diatas segala pengorbanan Ma...
untuk membalas segala jasanya...aku cuba untuk memenuhi segala permintaannya....Insyaallah.



No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers