Sedih sebab banyak EBM aku terpaksa buang kerana dah lebih 3 bulan. Tak sampai hati aku tengok EBM dibuang begitu je. Kawan opisku suggest gunakan EBM yang dah lebih 3 bulan tu untuk siram pokok dalam pasu di halaman rumah kerana itu adalah rezeki. Bukan atas kerelaan hatiku untuk buang EBM tetapi dikuatiri EBM yang lebih tarikh itu rosak dan untuk mengelakkan sebarang kemudaratan pada anak aku. Kalau ikutkan hati teringin sangat nak beli deep freezer sebab susu akan lebih tahan lama (6 bulan - 1 tahun). So, aku tidak perlu risau tentang stok susu untuk Aisy....tetapi aku perlu fikirkan dimanakah aku nak letak deep freezer tu sebab dapur aku sempit je...huhuhu...
Ya Allah aku mohon ampun padaMu kerana bukan aku tidak bersyukur di atas segala rezeki yang Engkau berikan...aku amat bersyukur di atas segala hikmat yang telah Engkau berikan..malah setiap hari dan setiap waktu aku berdoa supaya Allah permurahkan lagi rezeki aku sekeluarga. Semoga dengan keberkatan susu ibu, anak2 ku menjadi anak yang soleh, cerdik dan sihat sepanjang masa. Amin.
No comments:
Post a Comment