Tuesday, July 10, 2012

Cita-cita

Assalamualaikum w.b.t....

Pada 6 Julai 2012 yang lepas, suamiku yang tercinta selamat berangkat ke Mekah AlMukarramah untuk menunaikan ibadat Umrah bersama bondanya, sepupu dan makciknya. Terharu bila Allah telah memurahkan rezekinya dan menjemput suamiku untuk ke 'rumahnya'. Walaupun cita-citaku belum kesampaian lagi tetapi sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana suamiku berpeluang ke sana.

Ayang doakan Abang sentiasa tabah dalam menghadapi segala dugaan dan mendapat Umrah yang mabrur. Insyaallah...Ya Allah Engkau permudahkanlah segala urusan suamiku dan memeliharanya sepanjang beliau di sana.

Ya Allah Ya TuhanKu... Engkau permurahkanlah rezeki kami sekeluarga semoga aku dan anak-anak juga berpeluang untuk ke Tanah Haram Mekah. Amin....

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers