Thursday, June 21, 2012

Akulah SuperMama

Setiap pagi aku seperti 'lipas kudung'. Terutamanya pada hari persekolahan.

Celik jer mata seawal jam 5.30 am...lepas basuh muka dan gosok gigi, aku bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami. Menu breakfast yang rutin untuk keluarga aku ialah nasi goreng, bihun goreng, kuetiaw goreng dan mee goreng. Kengkadang roti bakar, roti telur dan roti disapu dengan butter atau kaya pun jadi la....hehehe.
Buka peti ais keluarkan bahan-bahan untuk dimasak. Tanganku lincah memotong bawang dan bahan2. Amik kuali, buka api, tuangkan minyak....ceeenggg!!!....bunyi bawang ditumis...hohoho...dah start dah menu aku pagi ni....nasi goreng? bihun goreng? dan macam-macam lagi....

Dah siap masak, bancuh susu siap2 untuk Afif dan Aqil dan hidang atas meja....
Barulah kejut Afif bangun mandi dan solat Subuh. Masa untuk aku bersiram pula....hohoho..
Lepas aku mandi dan solat barulah sesi memujuk Aqil untuk mandi...(ni cite kalau hubby keje shif pagi or malam...so, akulah yang perlu menguruskan dari A - Z. Kalau hubby ada kat rumah, part ni dia yang uruskan...hehe) Afif bila dah siap solat...dia akan buka saji dan makan sarapan yang telah tersedia tanpa banyak soal...apa jer yg mama masak mesti sedap....ekeke....air tangan ibu la katakan. Kadang-kadang baju tak larat nak iron malam td...bergegas la pulok iron baju dan tudung untuk ke opis...tu tak cite lagi pasal adik Aisy. Adik Aisy sekarang dah pandai berdiri dan jalan sikit-sikit sambil pegang sofa atau apa saja yang boleh dicapainya. Explore sana...explore sini...isau adik rebah...mama terpaksa letak dalam playpan bagi mainan banyak-banyak supaya adik leka dengan mainannya. So, mama bolehlah sambung buat kerja yang belum selesai. Itupun tak bleh lama....5 minit je nanti dah nangis minta dikeluarkan dari playpan....huhu.
Diaper adik dah penuh...perlu ditukar.

Siapkan bekal Afif dan Aqil ke sekolah...aku tapaw je sarapan...tak sempat nak sarapan kat rumah. Yang penting  perut anak-anak dah kenyang sebelum kuar rumah baru hatiku senang. Hatiku tak senang kalau anak tak sarapan sebelum ke sekolah sebab kuatir perut masuk angin dan tidak dapat tumpukan perhatian kepada pelajaran. Dah siap-siap sume, anak-anak dah ready ke sekolah...masuk kete, tutup pintu rumah, tutup gate, pergi hantar adik Aisy dan Aqil ke rumah Mama Ida (panggilan untuk baby sitter). Aqil jiranku akan pick up dia kat rumah pengasuh dan hantar ke PASTI bersama-sama ngan anaknya. Selepas bersalaman dan mama cium Aqil dan Aisy, aku pecut pulak ke SK Cyberjaya (kalau hubby ada part hantar anak-anak ke sekolah ni dia la yang uruskan. Aku cuma hantar adik Aisy ke rumah baby sitter je)...Sampai di sekolah Afif bersalam dan cium mama. Barulah aku pecut pula Si Kancil ke opis...kerja masa untuk punch card....hohoho.

Itulah rutinku setiap hari.....rutin seorang ibu yang berkerjaya dan sentiasa ingin memastikan keperluan anak-anak sentiasa terjaga..

Walaupun perlu berkerjar setiap pagi, tanpa bantuan maid...namun aku puas kerana dapat menguruskan sendiri anak-anakku. Akulah 'Super Mama'...

Semoga Allah sentiasa memelihara kami sekeluarga dan mempermudahkan segala urusanku seharian. Amin.









No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers