Alhamdulillah....tahun ni ada pertambahan dalam jadual anak2 aku iaitu menghadiri kelas mengaji Al-Quran di Sekolah Tahfiz Darul Misykah http://darulmisykah.blogspot.com/ . Sekolah ni tidak jauh dari rumah kami. Sebenarnya dah lama aku usha-usha tempat mengaji Al-Quran yang sesuai untuk anak2 aku sehingga lah kami diberitahu oleh baby siter anakku tentang sekolah tahfiz ni.
Afif dan Aqil akan pergi mengaji pada pukul 7.00 pm iaitu sebelum solat maghrib hingga pukul 9.00 pm iaitu selepas solat Isyak. Mereka akan solat maghrib di sana. Lepas maghrib mengaji Quran dan lepas tu solat Isyak. Aku bersyukur sangat dengan adanya sekolah tahfiz ni. So, aku boleh hantar anak2ku mengaji Quran dan belajar solat dengan lebih sempurna. Alhamdulillah..Allah telah makbulkan doa dan harapanku dan aku juga bersyukur kerana Afif dan Aqil seronok mengaji kat sekolah tahfiz tu.
Semoga anak2 mama menjadi hamba Allah yang soleh dan menjadi pejuang agama Allah. Amin...Amin Ya Allah...
Sunday, January 6, 2013
Coretan Pertama 2013
Assalamualaikum w.b.t...
Tahun 2013 baru hari ni aku dapat update blog. Kepala tu selalu je teringat nak update blog...banyak cerita2 yang aku nak kongsi, tetapi kesibukan telah melanda diriku...hoho. Almaklumlah bila sekolah dah buka banyak la perkara2 penting yang perlu aku settlekan terutamanya hal persekolahan anak2.
Tahun 2013 Afif dah naik darjah 2 di SK Cyberjaya. Aqil pulak sudah 5 tahun dan masih bersekolah kat PASTI As-Syifa' Puchong Utama. Aisy Abrar sudah 1 tahun 2 bulan. Pejam celik pejam celik sekejap je anak-anak dah besar. Aku berasa seronok dan puas hati melihat anak2 membesar di depan mata.
Tahun ini urusan persekolahan anak2 agak mudah sikit bebanding ngan tahun lepas sebab mereka sudah biasa dengan rutin harian. Jadi aku tidak lah risau sangat. Seperti tahun lepas juga Afif akan balik dari SK Cyberjaya ke rumah transit yang sama dengan van yang sama dan pergi ke SRA Pulau Meranti iaitu bersebelahan dengan rumahku. Aqil pun sama. Balik sekolah jiran aku akan jemput dia dan hantar ke rumah transit yang sama...Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.
Semoga anak2ku sentiasa dilindungi oleh Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. In shaa Allah.
Hari pertama persekolahan di SK Cyberjaya
Afif dalam kelas tengah tekun mendengar kata-kata guru kelasnya.
Ni pulak gambar Aqil kat Sekolah PASTI As-Syifa'. Gambar tak clear sebab amik gambar di celah-celah parents sebab time ni aku tgh q nak bayar yuran.
Thursday, September 27, 2012
Milk Production
Milk production semasa di opis.
Semoga anak mama sentiasa sihat dengan khasiat dari susu mama. Insyaallah.
Wednesday, September 26, 2012
Doa Mudah Bersalin
Assalamualaikum w.b.t,
Petang semalam aku terima panggilan dari Bos aku mengatakan dia akan masuk wad sebab Doktor kata nak induce hari ni....suspect baby besar. Pada mulanya doktor suggest nak ceaser tapi akhirnya doktor buat keputusan tak jadi ceaser tapi akan induce. Kalau ikut due date bersalin 25 hb September 2012. So dia call aku minta doa yang my MIL bagi semasa aku nak bersalin dulu. Aku balik rumah malam semalam aku mms la doa tu kat bos aku tu lebih kurang pada jam 10.00pm. Aku dapat tahu pagi ni bos aku dah bersalin secara normal jam 7.08am (21/9/2012). Aku sms la kat bos aku tu ucap tahniah dan syukur semua telah selamat. Bos aku jawab, doktor tak sempat pun induce, air kutuban dah pecah pada jam 1.00am. Alhamdulillah berkat doa yang my MIL bagi tu bos aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.6kg secara normal.
So, aku nak share la doa tu dengan semua semoga Allah permudahkan segala urusan.
Ayat 13, Surah As-Saff
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Credit to kaligrafi.

Terjemahan :

Monday, September 10, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Sebenarnya duk tunggu nak upload gambar raya. Tapi tahun ni takde gambar raya yang cun yang nak dikongsi. Memandangkan bulan Syawal dah nak habis, so aku postkan ucapan selamat hari raya aje la ye.
-Wassalam-

Monday, August 27, 2012
Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum w.b.t.....
Alhamdulillah tahun ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dibumi ini dan berkesempatan untuk menunaikan ibadat di bulan Ramadhan Al-Mubarak dan menyambut Syawal. Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 10 Syawal 1433H.
Bulan puasa adalah bulan untuk aku train anak-anak berpuasa. Alhamdulillah anak sulong ku berjaya berpuasa penuh selama 28 hari. 1st day puasa Afif hanya dapat bertahan sampai pukul 2.30 pm je sebab sakit perut. Hari pertama agaknya.....takpe lah janji Afif dah cuba untuk berpuasa hari tu. Mama bersyukur kerana anak mama kuat dan tidak pernah minta berbuka walaupun kepenatan balik sekolah pagi dan petang. Anak yang berumur 7 tahun, tidak pernah tergoda walaupun melihat makanan didepan mata. Tabah sungguh anak mama....Alhamdulillah. Aku train Afif berpuasa sejak dia umur 5 tahun. Semoga anak mama menjadi hamba Allah yang solleh dan menjadi penyubur jiwa. Aqil pula hanya berpuasa di sekolah. Katanya cikgu suruh puasa....alhamdulillah. Sekolah PASTI memang train budak2 berpuasa. Tapi Aqil puasa separuh hari jer...balik umah buka puasa...ekeke...jadi la. Iyer lah Aqil baru umur 4 tahun. Tahun depan mama akan start train Aqil puasa penuh pula.
Bagi aku pula puasa tahun ni asyik tersedar lambat jer waktu sahur....huhuhu. Agaknya sebab badan terlalu letih ngan keje kat office, melayan kerenah 3 hero, kemas rumah dan breastfeeding. Tapi alhamdulillah aku tak pernah terlepas sahur.
Semoga Allah panjangkan umurku, diberi kesihatan yang baik dan peluang untuk aku bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang. Insyaallah.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)