Sunday, January 6, 2013

Coretan Pertama 2013

Assalamualaikum w.b.t...

Tahun 2013 baru hari ni aku dapat update blog. Kepala tu selalu je teringat nak update blog...banyak cerita2 yang aku nak kongsi, tetapi kesibukan telah melanda diriku...hoho. Almaklumlah bila sekolah dah buka banyak la perkara2 penting yang perlu aku settlekan terutamanya hal persekolahan anak2.

Tahun 2013 Afif dah naik darjah 2 di SK Cyberjaya. Aqil pulak sudah 5 tahun dan masih bersekolah kat PASTI As-Syifa' Puchong Utama. Aisy Abrar sudah 1 tahun 2 bulan. Pejam celik pejam celik sekejap je anak-anak dah besar. Aku berasa seronok dan puas hati melihat anak2 membesar di depan mata.

Tahun ini urusan persekolahan anak2 agak mudah sikit bebanding ngan tahun lepas sebab mereka sudah biasa dengan rutin harian. Jadi aku tidak lah risau sangat. Seperti tahun lepas juga Afif akan balik dari SK Cyberjaya ke rumah transit yang sama dengan van yang sama dan pergi ke SRA Pulau Meranti iaitu bersebelahan dengan rumahku. Aqil pun sama. Balik sekolah jiran aku akan jemput dia dan hantar ke rumah transit yang sama...Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Semoga anak2ku sentiasa dilindungi oleh Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. In shaa Allah.




Hari pertama persekolahan di SK Cyberjaya


Afif dalam kelas tengah tekun mendengar kata-kata guru kelasnya.


Ni pulak gambar Aqil kat Sekolah PASTI As-Syifa'. Gambar tak clear sebab amik gambar di celah-celah parents sebab time ni aku tgh q nak bayar yuran.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers