Monday, August 27, 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah tahun ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dibumi ini dan berkesempatan untuk menunaikan ibadat di bulan Ramadhan Al-Mubarak dan menyambut Syawal. Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 10 Syawal 1433H.

Bulan puasa adalah bulan untuk aku train anak-anak berpuasa. Alhamdulillah anak sulong ku berjaya berpuasa penuh selama 28 hari. 1st day puasa Afif hanya dapat bertahan sampai pukul 2.30 pm je sebab sakit perut. Hari pertama agaknya.....takpe lah janji Afif dah cuba untuk berpuasa hari tu. Mama bersyukur kerana anak mama kuat dan tidak pernah minta berbuka walaupun kepenatan balik sekolah pagi dan petang. Anak yang berumur 7 tahun, tidak pernah tergoda walaupun melihat makanan didepan mata. Tabah sungguh anak mama....Alhamdulillah. Aku train Afif berpuasa sejak dia umur 5 tahun. Semoga anak mama menjadi hamba Allah yang solleh dan menjadi penyubur jiwa. Aqil pula hanya berpuasa di sekolah. Katanya cikgu suruh puasa....alhamdulillah. Sekolah PASTI memang train budak2 berpuasa. Tapi Aqil puasa separuh hari jer...balik umah buka puasa...ekeke...jadi la. Iyer lah Aqil baru umur 4 tahun. Tahun depan mama akan start train Aqil puasa penuh pula. 

Bagi aku pula puasa tahun ni asyik tersedar lambat jer waktu sahur....huhuhu. Agaknya sebab badan terlalu letih ngan keje kat office, melayan kerenah 3 hero, kemas rumah dan breastfeeding. Tapi alhamdulillah aku tak pernah terlepas sahur.

Semoga Allah panjangkan umurku, diberi kesihatan yang baik dan peluang untuk aku bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang. Insyaallah.

Wassalam.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers