Alhamdulillah....tahun ni ada pertambahan dalam jadual anak2 aku iaitu menghadiri kelas mengaji Al-Quran di Sekolah Tahfiz Darul Misykah http://darulmisykah.blogspot.com/ . Sekolah ni tidak jauh dari rumah kami. Sebenarnya dah lama aku usha-usha tempat mengaji Al-Quran yang sesuai untuk anak2 aku sehingga lah kami diberitahu oleh baby siter anakku tentang sekolah tahfiz ni.
Afif dan Aqil akan pergi mengaji pada pukul 7.00 pm iaitu sebelum solat maghrib hingga pukul 9.00 pm iaitu selepas solat Isyak. Mereka akan solat maghrib di sana. Lepas maghrib mengaji Quran dan lepas tu solat Isyak. Aku bersyukur sangat dengan adanya sekolah tahfiz ni. So, aku boleh hantar anak2ku mengaji Quran dan belajar solat dengan lebih sempurna. Alhamdulillah..Allah telah makbulkan doa dan harapanku dan aku juga bersyukur kerana Afif dan Aqil seronok mengaji kat sekolah tahfiz tu.
Semoga anak2 mama menjadi hamba Allah yang soleh dan menjadi pejuang agama Allah. Amin...Amin Ya Allah...
No comments:
Post a Comment