Tuesday, December 28, 2010

Mengemas rumah

Aku tertarik dengan sebuah blog ni http://mengemasrumah.blogspot.com/. Blog ni pada mulanya kawan aku yang suggest untuk baca. And then bila aku baca memang interesting. So, aku nak jugak kongsi dengan pembaca blog aku ni....(ntah le ada ke idak orang yg baca blog aku ni..hehehe). Idea2 dan cerita2 yang penulis coretkan sangat berguna untuk panduan kita dalam menguruskan rumah tangga terutamanya bagi kaum ibu yang bekerja dan tiada helper sama seperti aku. Banyak cerita penulis berdasarkan daripada pengalaman beliau sendiri sejak dari kecil. Very nice blog...jom layannnn...

Sunday, December 26, 2010

Kemalangan Ngeri di Kampungku

4 bersaudara maut kereta langgar pokok
PASIR MAS 26 Dis. - Hajat empat bersaudara menghadiri kelas tuisyen bersama di bandar ini tidak kesampaian apabila kesemua mereka maut setelah kereta yang dinaiki terbabas lalu merempuh pokok di Kilometer 7, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, kesemua mangsa termasuk seorang pemandu kereta, Amir Ashraf Abdul Aziz, 22, tercampak ke dalam parit besar.

Tiga daripada mereka iaitu Afik Izzuddin Abdul Aziz, 17, dan adiknya, Mohd. Irshaduddin, 13, serta sepupunya, Mohd. Ashraf Ibrahim, 11, mati di tempat kejadian akibat lemas setelah terjatuh ke dalam parit itu.

Seorang lagi mangsa, Nurul Qistina Hanafi, 11, meninggal dunia di Hospital Pasir Mas (HPM) selepas mengalami kecederaan parah di kepala manakala Amir Ashraf juga cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Kejadian berlaku ketika kereta yang dipandu Amir Ashraf dalam perjalanan dari rumahnya di Simpang Empat Tok Uban ke bandar Pasir Mas untuk menghantar empat sepupunya itu ke sebuah pusat tuisyen.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta jenis Peugoet 406 itu dikatakan gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di kiri jalan.

Beliau berkata, akibat rempuhan yang kuat, kesemua mangsa termasuk pemandunya tercampak keluar dan jatuh ke dalam parit yang mempunyai air sedalam kira-kira 0.3 meter.

"Tiga daripada mangsa mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

"Dua daripada mangsa dikejarkan ke hospital yang sama namun Nurul Qistina disahkan meninggal dunia dan pemandu kereta terbabit masih dalam keadaan kritikal," katanya.

Haliluddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap punca kejadian itu.

Tambahnya, polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sepupu kepada keempat-empat mangsa, Roshimaliza Mazlan, 22, ketika ditemui di bilik mayat HPM berkata, kesemua sepupunya itu dalam perjalanan ke pusat tuisyen di bandar Pasir Mas kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka.

"Saya difahamkan, mereka keluar dari rumah agak lewat iaitu kira-kira pukul 7.55 malam dan kelas tuisyen tersebut akan bermula pukul 8 malam.

"Amir Ashraf yang memandu kereta mungkin dalam keadaan laju kerana hendak mengejar masa," ujarnya.

Katanya, dia yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat ketiga-tiga sepupunya berada di dalam parit.

Bapa kepada Mohd. Ashraf, Ibrahim Awang Lah, 38, pula berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana berada di Kota Bharu dan hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Dia berkata, selepas dimaklumkan menerusi panggilan telefon, dia bergegas pulang dan diberitahu oleh ahli keluarga anaknya sudah meninggal dunia.

"Biasanya, saya atau abang ipar saya yang menghantar mereka semua ke pusat tuisyen tetapi kami berdua ada kerja di Kota Bharu semalam dan tidak dapat menghantar mereka semua menyebabkan Amir Ashraf terpaksa menghantar mereka,'' katanya.

Jenazah keempat-empat mangsa dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tok Uban di sini hari ini.



*********************************

Kemalangan ni berlaku tidak jauh dari rumah parent aku, dalam beberapa meter saja.
Kebetulan weken lepas aku dan family pulang ke kampung untuk menjemput anakku yg sulung setelah 3 minggu berada di kampung. Pada malam kejadian, kami anak-beranak tengah sibuk membuat persiapan untuk mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat di rumah parent aku. Tengah kami duk sibuk2 tetiba terdengar bunyi yang kuat tidak jauh dari rumah. Masyaallah....kami semua mengucap panjang bila dapat tahu sebuah kete langgar pokok dan terbalik dalam parit. 3 orang penumpang mati serta-merta manakala seorang mati di hospital dan seorang (pemandu) parah.....Pada malam tu tetamu yang datang ke rumah kami kecoh duk bercerita pasal kemalangan tu...Nauzubillah...

Semasa pulang ke KL petang semalam aku tak henti2 berdoa supaya Allah melindungi kami sepanjang perjalanan dan alhamdulillah kami selamat sampai pada pukul 10.30 mlm.

Ya Allah berilah perlindungan pada kami dan jauhkanlah segala bala dan mala petaka seumpama itu dari kami sekeluarga....Amin.

Sunday, December 19, 2010

Alif Ba Ta

Alif Ba Ta....Aqil sekarang sudah pandai membaca Alif ba Ta sampai Ya....Dari pemerhatianku anakku yang kedua ini sudah ada minat membaca dan mangaji. Bila dia penat bermain, sesenyap je dia masuk bilik amik buku Iqra' baca alif ba ta. Itu la orang kata minat anak perlu dipupuk sejak dari kecil kerana waktu inilah mereka senang menerima apa saja yang diajar. Aku perhatikan, bila Aqil mencecah umur 2 tahun 1/2, dia dapat memberi perhatian kepada apa yang diajar kepadanya. Bila kita tanya huruf apa ni dia dapat menjawab dengan baik. Alhamdulillah. Apa yang aku inginkan anak-anakku pandai mengenal huruf dan pandai mengaji sejak dari kecil. Untuk itu aku perlu berusaha untuk memastikan tiap2 malam aku akan meluangkan sedikit masa untuk mengajar mereka mengaji disamping berdoa supaya anak-anakku menjadi anak yang soleh bila dewasa kelak...Insyaallah.

Thursday, December 16, 2010

Mencari Layout Baru

Aku sekarang tengah duk mengexplore mencari layout baru untuk blog aku....penat duk explore sana sini tapi x dak yg berkenan kat hati..huhuhu.....last-last dah boring aku pakai je la dulu layout yg ni....ok gak kan...kan...aku ni bukan la creative sangat nak buat yg lelawa....huhuhu....nanti lain kali lau free bleh carik layout yg lebih menarik...ahaks...

Monday, November 29, 2010

Syukur ke Hadrat Ilahi

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana dengan izinMu aku telah berjaya menamatkan pengajianku. Hari ini adalah hari yg paling bermakna dlm hidup ku. Pagi tadi semua result exam ku dah keluar. Aku berjaya mendapat keputusan yg cemerlang utk semua subjek semester ini. Tidak pernah aku mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang seperti sem ini. Alhamdulillah...hanya itu yg mampu aku ucapkan...aku bersyukur kpd Dia yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Itu semua berkat doa bondaku Sulhah dan ayahandaku Razali. Semasa aku menghadapi peperiksaan, ibu dan ayahku berada di tanah suci Mekah. Mereka sentiasa mendoakan kejayaan anak2 nya setiap waktu. Sebak bila aku dengar ibu cakap ' Ma tengah duduk depan Kaabah ni....' Alhamdulillah akhirnya doa termakbul. Terima kasih ma & abah kerana sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini. Inilah hadiah yg dapat anakmu berikan. Semoga Allah mempermurahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Amin....

To my beloved husband Muhammad Ashraf Shahabudin, terima kasih kerana abanglah penyokong utama sepanjang pengajian ayang. I really love u so much darling...tanpamu disisi siapa la daku. Tidak lupa juga thanks for my lovely mother in law Ishah Abu Bakar kerana sentiasa mendoakan menantumu ini. To kengkawan seperjuangan thanks 4 everything....Rina, Aida, K.Azie, Sarina, Zura, Zila, Farid and yg lain i love u guys and will miss you all....hope all of u cepat naik pangkat.

Banyak pengalaman pahit manis yg telah aku tempuhi sepanjang 3 1/2 thn ini dan akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku.

Aku mula belajar di SPACE UTM pada Julai 2007. Pada mulanya aku berasa tidak yakin untuk belajar secara part time memandangkan aku telah berkeluarga dan telah mempunyai anak. Every weekend pula aku perlu drive dari Putrajaya ke KL untuk menghadiri kelas kuliah di UTM Jalan Semarak. Waktu itu macam-macam aku fikirkan. Siapa nak jaga anak bila aku ke kuliah, bila masa aku nak study, bila nak kemas rumah, masak dan macam-macam lagi. Namun berkat sokongan dari suami dan kedua orang tuaku, aku akhirnya tekad untuk melanjutkan pelajaranku. Alhamdulillah Allah membuka jalan untukku dan mempermudahkan segala urusan ku. Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat mengambil berat. Sepanjang aku belajar, suamiku lah yg banyak meringankan bebanku. Dialah yang menjaga anak, kemas rumah, pergi pasar dan juga masak bila aku ke kuliah. Terima kasih yang tak terhingga dan tak terucap buat 'abang'. Bila suamiku terpaksa bekerja, aku hantar anak-anakku ke rumah pengasuh. Alhamdulillah aku dapat pengasuh yang baik. K.Yah dan K.Ita, terima kasih kerana sanggup menjaga Afif & Aqil dengan baik. Terima kasih juga pada bos aku K.Ida dan Pn. Laila Kerana sudi meluluskan cuti bila menjelang final exam.

Thanks 4 everything....I will keep in my heart....

Wednesday, November 17, 2010

SPA Fish @ Jusco Equine

Dr. Fish sedang merawat kaki

Menahan geli digigit ikan

Papa yang steady

Semasa aku dan family window-window shopping kat Jusco Equine tempoh hari, sempat aku dan husband cuba rawatan terapi oleh ikan GARRA RUFA. SPA fish merupakan salah satu alternatif untuk merawat kaki iaitu dapat melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut2 yang kecil termasuk penyakit kuilt psoriasis dan ekzema. Kaki akan terasa geli bila digigit ikan.

Happy Birthday My Dear

We love u papa....



Papa with lovely family


Pada 11/11 yang lepas merupakan hari lahir husband aku yang ke tuttt....heheh. Kami sekeluarga celebrate secara kecil-kecilan jerk....yer la papa kate "dah tua dah wat pe nak celebrate-celebrate lagi". Kalau ikutkan kek pung papa tak bagi mama beli...tapi aku jerk yang berkeras jugak beli kek wat surprise......! Semoga 'abang' panjang umur dan dimurahkan rezeki disamping keluarga tersayang. Amin.

Sweet vacation with family

with family & my sister



mencari port yang sesuai


mari berendam bersama-sama


Afif with Chesu Wani


menuju ke gelongsor air

Pada Ahad yang lepas, kakak ku mengajak kami sekeluarga pergi bermain air di Wet World, di Tasik Shah Alam. So, aku pun ikut je memandangkan aku baru lepas final exam pada hari sabtu. Ok jugak untuk release tension setelah seminggu bertungkus lumus memerah otak. Bawak anak-anak bermain air memang menyeronokkan dan mereka excited sangat.....

Sebelum masuk ke Wet World kami berkelah dulu di tepi tasik Shah Alam....dengan berbekalkan bihun dan keropok yang aku bawak dari rumah......setelah perut kenyang baru kami masuk ke Wet World. Bayaran masuk yang dikenakan mengikut ketinggian iaitu RM10 bagi orang dewasa, RM8 kanak-kanak yang berumur diantara 3 thn ke atas, dan free bagi kanak-kanak bawah 2 thn.

Hari Raya Aidiladha 1431H

My beloved family


Tahun ni disebabkan aku dan hubby sudah kehabisan cuti tahunan, kami sekeluarga tidak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya korban seperti tahun-tahun yang lepas. Kami hanya beraya di kediaman kami di Pulau Meranti. Sedih jugak rasanya dipagi raya....almaklumlah tak pernah beraya kat tempat orang. Dua orang adikku juga turut beraya kat umah aku kerana bonda dan ayahanda kami pergi ke Mekkah menunaikan ibadat haji. Semoga ma & abah mendapat haji yang mabrur. Kakak dan adik-adikku yang lelaki semuanya beraya di kampung Kelantan kerana ingin memberi semangat pada adik kedua bongsu yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.

Memandangkan kami beraya dirumah sendiri, aku sibuk membuat persediaan pada malam menjelang raya dibantu oleh adikku. Oleh kerana sehari sebelum raya aku bekerja, barang-barang keperluan untuk memasak baru dibeli pada malam tu....balik dari pasar terus masak dan alhamdulillah rendangku masak juga akhirnya pada pukul 3 pagi....fuuhh!! Kalau ikutkan ada lagi menu kami yang seterusnya...iaitu kuah kacang nasi impit....tapi aku dan adik sudah mengantuk dan kami KIV dulu....eheheh.

Ustaz Aqil



Pada pagi raya sesudah subuh lagi takbir raya sudah berkumandang...aku sekeluarga dan adikku sekeluarga pergi sembahyang di Masjid Ar-Rahman bersebelahan dengan rumahku. Alhamdulillah masjid dekat dengan rumah hanya berjalan dua tiga langkah saja dah sampai....
Masjid yang besar dipenuhi oleh warga P.Meranti kerana ramai yang yang tidak pulang ke kampung disebabkan hanya cuti satu hari saja....kemeriahan di masjid dapat dirasai.






Aqil & Syahmi


My Sisters and our sons



Lepas sembahyang raya...kami semua berkumpul dan sesi bergambar...husband dan adik iparku ke masjid untuk membantu orang sembelih lembu. Anak-anak ku excited nak tengok orang sembelih lembu. Aku juga turut serta ke masjid. Sebanyak 11 ekor lembu yang telah dikorbankan pada hari itu. Sempat aku snap beberapa keping gambar untuk kenangan. Lepas tu kami beraya di rumah jiran, umah sedara di Kajang dan umah bapa sedaraku di Shah Alam.



Warga P.Meranti menyaksikan pernyembelihan lembu



My Lovely Sisters
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers