Wednesday, November 17, 2010
Hari Raya Aidiladha 1431H
Tahun ni disebabkan aku dan hubby sudah kehabisan cuti tahunan, kami sekeluarga tidak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya korban seperti tahun-tahun yang lepas. Kami hanya beraya di kediaman kami di Pulau Meranti. Sedih jugak rasanya dipagi raya....almaklumlah tak pernah beraya kat tempat orang. Dua orang adikku juga turut beraya kat umah aku kerana bonda dan ayahanda kami pergi ke Mekkah menunaikan ibadat haji. Semoga ma & abah mendapat haji yang mabrur. Kakak dan adik-adikku yang lelaki semuanya beraya di kampung Kelantan kerana ingin memberi semangat pada adik kedua bongsu yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.
Memandangkan kami beraya dirumah sendiri, aku sibuk membuat persediaan pada malam menjelang raya dibantu oleh adikku. Oleh kerana sehari sebelum raya aku bekerja, barang-barang keperluan untuk memasak baru dibeli pada malam tu....balik dari pasar terus masak dan alhamdulillah rendangku masak juga akhirnya pada pukul 3 pagi....fuuhh!! Kalau ikutkan ada lagi menu kami yang seterusnya...iaitu kuah kacang nasi impit....tapi aku dan adik sudah mengantuk dan kami KIV dulu....eheheh.
Pada pagi raya sesudah subuh lagi takbir raya sudah berkumandang...aku sekeluarga dan adikku sekeluarga pergi sembahyang di Masjid Ar-Rahman bersebelahan dengan rumahku. Alhamdulillah masjid dekat dengan rumah hanya berjalan dua tiga langkah saja dah sampai....
Masjid yang besar dipenuhi oleh warga P.Meranti kerana ramai yang yang tidak pulang ke kampung disebabkan hanya cuti satu hari saja....kemeriahan di masjid dapat dirasai.
Lepas sembahyang raya...kami semua berkumpul dan sesi bergambar...husband dan adik iparku ke masjid untuk membantu orang sembelih lembu. Anak-anak ku excited nak tengok orang sembelih lembu. Aku juga turut serta ke masjid. Sebanyak 11 ekor lembu yang telah dikorbankan pada hari itu. Sempat aku snap beberapa keping gambar untuk kenangan. Lepas tu kami beraya di rumah jiran, umah sedara di Kajang dan umah bapa sedaraku di Shah Alam.
Labels:
Aidiladha 1431H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment