Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana dengan izinMu aku telah berjaya menamatkan pengajianku. Hari ini adalah hari yg paling bermakna dlm hidup ku. Pagi tadi semua result exam ku dah keluar. Aku berjaya mendapat keputusan yg cemerlang utk semua subjek semester ini. Tidak pernah aku mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang seperti sem ini. Alhamdulillah...hanya itu yg mampu aku ucapkan...aku bersyukur kpd Dia yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Itu semua berkat doa bondaku Sulhah dan ayahandaku Razali. Semasa aku menghadapi peperiksaan, ibu dan ayahku berada di tanah suci Mekah. Mereka sentiasa mendoakan kejayaan anak2 nya setiap waktu. Sebak bila aku dengar ibu cakap ' Ma tengah duduk depan Kaabah ni....' Alhamdulillah akhirnya doa termakbul. Terima kasih ma & abah kerana sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini. Inilah hadiah yg dapat anakmu berikan. Semoga Allah mempermurahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Amin....
To my beloved husband Muhammad Ashraf Shahabudin, terima kasih kerana abanglah penyokong utama sepanjang pengajian ayang. I really love u so much darling...tanpamu disisi siapa la daku. Tidak lupa juga thanks for my lovely mother in law Ishah Abu Bakar kerana sentiasa mendoakan menantumu ini. To kengkawan seperjuangan thanks 4 everything....Rina, Aida, K.Azie, Sarina, Zura, Zila, Farid and yg lain i love u guys and will miss you all....hope all of u cepat naik pangkat.
Banyak pengalaman pahit manis yg telah aku tempuhi sepanjang 3 1/2 thn ini dan akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku.
Aku mula belajar di SPACE UTM pada Julai 2007. Pada mulanya aku berasa tidak yakin untuk belajar secara part time memandangkan aku telah berkeluarga dan telah mempunyai anak. Every weekend pula aku perlu drive dari Putrajaya ke KL untuk menghadiri kelas kuliah di UTM Jalan Semarak. Waktu itu macam-macam aku fikirkan. Siapa nak jaga anak bila aku ke kuliah, bila masa aku nak study, bila nak kemas rumah, masak dan macam-macam lagi. Namun berkat sokongan dari suami dan kedua orang tuaku, aku akhirnya tekad untuk melanjutkan pelajaranku. Alhamdulillah Allah membuka jalan untukku dan mempermudahkan segala urusan ku. Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat mengambil berat. Sepanjang aku belajar, suamiku lah yg banyak meringankan bebanku. Dialah yang menjaga anak, kemas rumah, pergi pasar dan juga masak bila aku ke kuliah. Terima kasih yang tak terhingga dan tak terucap buat 'abang'. Bila suamiku terpaksa bekerja, aku hantar anak-anakku ke rumah pengasuh. Alhamdulillah aku dapat pengasuh yang baik. K.Yah dan K.Ita, terima kasih kerana sanggup menjaga Afif & Aqil dengan baik. Terima kasih juga pada bos aku K.Ida dan Pn. Laila Kerana sudi meluluskan cuti bila menjelang final exam.
Thanks 4 everything....I will keep in my heart....
No comments:
Post a Comment