Wednesday, April 6, 2011

Pelaburan ASB dan ASN

Sejak dari dulu lagi menjadi tanda tanya aku apakah hukum pelaburan di Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). Sudah menjadi tabiat aku....jika sesuatu yang aku ragui dan tidak yakin mengenai sumber yang dilaburkan dalam sesebuah pelaburan aku tidak akan menyertainya walaupun orang kata rugi kalau tak melabur...untung yang dapat sangat lumayan.....Tapi bagi aku...sumber rezeki mesti yakin kehalalannya kerana ia akan menjadi darah danging kita. Bukan sahaja untuk kesenangan atau kemewahan duniawi sahaja sebaliknya perlu mengambil kira akhirat nanti....

Dunia sekarang riba pun sudah menjadi perkara biasa....masyarakat sudah menjadi kabur dan tidak dapat membezakan antara riba dan bukan riba....Nauzubillah...aku cukup takut...Ya Allah aku mohon perlindungan dariMu dari terjebak dengan perkara2 yang haram...jauhilah aku dari rezeki yang haram...Amin!!

Di sini aku nak share info yang aku dapat dari blog http://www.zaharuddin.net/ mengenai perbincangan Hukum Pelaburan ASB/ASN. Semoga para pembaca mendapat manfaat dari perbincangan tersebut.

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB

: Versi Kemaskini

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :


"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".


Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :


1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.


a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie


2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram



Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.





Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.


Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.


PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.




Wassalam....

Graduation Dayz

Alhamdulillah pada 27 Mac yang lepas aku dan keluarga telah selamat menghadiri Majlis Konvokesyen UTM ke-46. Majlis Konvokesyen pada bulan Mac tak lah meriah sangat sebab konvo kecil lau nak dibanding konvo pada bulan Ogos.....tapi takpe lah yang penting aku telah mendapat scroll Degree dan transkrip....


Nasib baik Falkulti Sains Komputer kena pada hari Ahad sesi petang...aku just perlu ambil cuti sehari jerk pada hari Isnin tu...kami bermalam semalaman kat umah adik ipar aku dan semalaman kat umah bapa saudara husband aku...so jimat lah belanja....hehe. Kalau tidak banyak jugak nak kena kuar belanja jika duk kat hotel....alhamdulillah rezeki.



rakan-rakan seperjuangan



with My Love Husband



bersama 3 heroKu



kenangan abadi



bersama ma, abah dan anak-anak tercinta

Thursday, March 17, 2011

Azam

Seronok bila baca blog-blog kat SusuIbu.com. Banyak info yang aku dapat berkenaan dengan tip-tips dalam menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif. Aku juga berazam untuk menyusukan cahaya mata yang bakal aku lahirkan secara eksklusif sehingga umur 2tahun. Semasa anak kedua dulu iaitu Aqil, aku hanya dapat menyusu secara eksklusif sehingga umur 9 bulan je. Aku tak dapat buat stok EBM yang secukupnya memandangkan pada masa tu aku sedang belajar part time. Aku tidak mempunyai masa yang cukup untuk buat stok EBM. Akhirnya terpaksa campur dengan susu formula pada umur Aqil menjejah 10 bulan. Pada masa tu aku sedih dan terkilan sangat x dapat nak berikan yang terbaik untuk anak kesanyanganku. Tapi aku juga bersyukur kerana berjaya melepasi tempoh 6 bulan berbanding anakku yang pertama iaitu Afif. Masa anak sulung dulu aku terpaksa tinggal baby di kampung sehingga umurnya 4 bulan. So, aku hanya dapat menyusukan Afif semasa dalam pantang je...cian anak mama...sedih sangat masa tu.

So, kali ni aku berazam dan berdoa kepada Allah supaya mempermudahkan dan mempermurahkan rezeki baby aku nanti..Amin!

Start dari sekarang aku dah mula menambahkan ilmu aku dalam dunia penyusuan susu ibu supaya nanti aku tidak lagi tersalah langkah. InsyaAllah....

Sunday, March 13, 2011

Cameron Highland

Malas betul hari ni aku nak buat kerja. Dicampur dengan rasa tak sedap badan, mual, loya sejak malam tadi, aku dah takde mood nak buat kerja.
Breakfast (bihun + telur sambal) yang aku beli pagi tadi pun belum disentuh....Ya Allah beri lah kekuatan kepadaKu, kuatkan lah semangatku dan berilah aku tenaga.

Actually ni semua sendiri carik pasal....huhuhu. Hari Sabtu lepas pergi kenduri rumah mak saudara hubby kat Ipoh. Bertolak dari rumah jam 10.30 pagi sampai Ipoh lebih kurang jam 2.00 ptg.
Makan-makan, sembang-sembang ngan mak mertua, adik-beradik dan sedara mara yang datang, pukul 4 lebih kami beransur dari rumah kenduri dan pergi ke rumah adik ipar di Bandar Seri Iskandar, solat dan lepak-lepak kat sana. Malam tu adik ipar ajak makan kat Bandar Seri Iskandar, kebetulan restoran tu plak tutup. Terpaksa la tukar plan. Pergi pulak ke Ipoh makan kat restoran nasi lemak ayam kampung. Boleh tahan jugak tomyam dan sup belut kat restoran tu...

Hari Ahad pulak aku dan hubby plan nak bawak our sons jalan-jalan di Cameron Highland, so kami decite tidur je kat rumah adik ipar. Pepagi esoknya after breakfast kami dah bertolak ke Cameron Highland sebab nak mengelakkan jem.
Cameron Highland banyak sweet memories aku dan hubby sebab di situlah kami honeymoon....hehehe.

Singgah sebentar di kedai tepi jalan @ Brinchang, tengok2 apa yang menarik. Tengah duk jalan2 terjumpa strawbery coklat...errmm..best gak. So, beli la 3 cucuk. Pastu beli cup corn utk afif dan aqil, dan ubi keledek madu untuk aku & hubby....eerrmm sedap....yummy..:-)









Tu dia...En. Suami dah borong sayur dan strawbery. Sudah menjadi acara wajib kalau kami datang Cameron Highland beli sayur dan strawbery.



@ Ladang Teh Cameron Valley






















Gambar mama dan papa yang ni afif yang snap....hasilnya....tadaaa....papa x dak kepala...huhuhu.

Setelah diberi kursus oleh mama yang tak sampai 3 minit pun...akhirnya afif berjaya menangkap gambar mama dan papa....ini lah hasilnya...so sweet...thank you so much my dearest son.





Afif tengah menikmati keindahan di ladang teh

Sejuk mata memandang....


Tea Time... Ini pulak acara wajib En. Suami...tidak sah kalau tak pekena tea kat ladang teh ni....hehehe

Gaya si Aqil ni macam sedap bebenor air tea ni....ada talent jadik hos jalan-jalan carik makan ni...

Si Afif pulak muka macam kena paksa minum jerk....hehe

Beli teh kat kedai Cameron Valley




@ Kedai Bunga kat Ringlet






Tengok bunga cam geram jerk nak beli....tapi memandangkan pernah ada pengalaman masa kat Cameron Highland masih segar...bila dah turun bawah dan sampai rumah bunga dah layu...huhuhu...buang camtu jerk...akhirnya menyesal tak sudah...emmm...tengok jerk lah...



Apasal aku berdiri cam nak tumbang lak ni....huhuhu..




Wassalam....

Monday, March 7, 2011

Rezeki datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Rezeki aku dan suami datang lagi....syukur alhamdulillah. Pada 4/3/2011 (Jumaat lepas), aku telah disahkan hamil oleh Doktor Suraya untuk baby yang ke-3. Minggu ni dah masuk minggu yang ke-7. Tekak aku pun dah mula terasa mual-mual...tapi tidaklah teruk mana. Kalau ikutkan pengalaman yang lepas, aku tak mabuk teruk sepanjang tempoh kehamilan. Aku doakan yang kali ni pun x de masalah sangat...InsyaAllah. Semoga Allah beri aku kekuatan sepanjang aku berbadan dua.

Untuk peringatan aku dan para pembaca blog:

(Dipetik dari www.mybengkung.com)

Amalan-amalan ketika mengandung

1.Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2.Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3.Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung

1.Al-Fatihah dan ayat Kursi Seluruh surah Yassin
2.Seluruh surah At-Taubah
3.Seluruh surah Yusuf
4.Seluruh surah Luqman
5.Seluruh surah Maryam
6.Surah An-Nahl ayat 78

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Surah Al-A'raf ayat 189

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur


Membaca doa
1.Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ
النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

2.Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

3.Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

4.Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

Adab isteri terhadap suami ketika mengandung

1.Mengasihi dan menyayangi suami
2.Menjaga perkataan terhadap suami
3.Tidak terlalu cerewet
4.Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5.Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6.Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7.Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

Adab suami terhadap isteri

1.Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2.Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3.Selesaikan selisih faham
4.Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5.Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Wednesday, February 16, 2011

Aktiviti Tahun 2011 (Part 2)

Part 2: Bersenam di Taman Tasik Cyberjaya

Dah lama rasanya tak bersenam. Almaklumlah selama 3 1/2 tahun aku korbankan masa hujung mingguku untuk menghadiri kelas kuliah di UTMKL. Masa bersama anak-anak dan suami cukup terhad. Tahun ni, alhamdulillah aku dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Pada hari weekend jika tiada plan untuk ke mana-mana, aku dan suami suka bawa anak-anak bersiar-siar di Taman Tasik Cyberjaya. Di sana macam-macam ada...playground yang besar, swimming pool, pinball, court badminton, tenis dan macam-macam lagi...sambil bersenam boleh juga bawa anak-anak bermain di playground dan bagi makan ikan di tasik....memang seronok. Boleh release tension....



"abang pimpin tangan adik bebaik yerk..."

posing jap...

afif with papa


with mamaku sayang...


"kaki adik penat yer...kita berehat la kejap k..."


"adik dah ok dah...jom kita sambung jogging...yuhuuu...!"


Tengok tu lajunya Abang Afif berjogging sampai tinggal papa dan Aqil di belakang. Aqil plak lari sekerat menjerit...lari sekerat menjerit mintak di dukung....huhuhu...lau tak mahu dia berguling di atas track tu....hehehe....manja tul anak mama ni...

Tuesday, February 8, 2011

Aktiviti Tahun 2011 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.....

Pejam celik pejam celik kita dah masuk pertengahan Februari 2011. Tahun ni payah sungguh aku nak update blog. Di office awal-awal tahun ni banyak tugas baru yang perlu dibuat dan nak kena settle sebelum due date. Bila di rumah pula kerja-kerja rutin sebagai ibu dan isteri perlu dibereskan. Kalau nak dipikirkan pasal kerja emmm...memang la tak abis.....huhu...tapi itulah hakikatnya selagi kita bernafas di bumi Allah. Alhamdulillah....aku bersyukur kepadaNya kerana masih dipanjangkan usia.

Hari ni aku nak cite sikit mengenai aktiviti aku sepanjang tahun 2011 ni....banyak cerita mengenai aktiviti bersama keluarga. Sebenarnya banyak cerita-cerita yang dah basi....hehehe. Tapi takpe la kan....layannnn....


Part 1: (Diambang tahun 2011)

Tak tahu nak ke mana pada hari cuti tu...aku, kakak dan adik bersama family lepak di Seksyen 7, Shah Alam. Kami plan nak pergi ke Bandar i-City. Sebelum tu singgah makan malam di Restoran Nasi Lemak kat Seksyen 7. Nama je Restoran Nasi Lemak tapi macam-macam menu ada kat restoran ni sebenarnya....nasi lemak, masakan panas dan nasi campur pun ada. Ia berdekatan dengan Wisma Jakel Shah Alam dan juga Kampus UITM.


Lepas makan kami pun ke i-City...saje je jalan-jalan tengok lampu. Tak sangka la plak malam tu ada countdown tahun baru....perghh..punyer la jem...namun En. Suami tetap bersabar meredah jem....hehehe...Akhirnya sampai juga kami ke destinasi. Anak-anak memang axcited la tengok pokok lampu....siap ada anak yang dah tertido dlm kete pun terus bangun....

Ni dia anak papa.....dua-dua nak suh dukung...jawabnye sorang kena duk atas bahu papa la ye....

Aqil with his cousin Syahmi. Time ni masing-masing dah mengantuk, Syahmi siap bukak mulut besar dan Aqil mata dah macam garlfield...hehehe...comel...


Dari kiri Syahmi, Afif, Aqil, En.Suami dan yang duk atas harimau tu Haris.


"Mama tengok ni...tak takut pun...." Uisshh...beraninya hero mama ni...siap bagi rimau gongol tangan pun x heran....


Bunga api


Keindahan bunga api di i-City


Okey, sampai disini sahaja cerita untuk part 1. Jumpa lagi di part yang seterusnya yea....sekian.



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers