Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t...






Alhamdulillah bulan Ramadhan datang lagi..syukur juga pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana panjangkan usiaku untuk aku bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Semoga Allah beri aku kekuatan untuk menjalani ibadat dengan sempurna dan permudahkan segala urusanku sepanjang masa....Amin.

Semalam first try pergi ke masjid nak solat isya' n terawih...dengan harapan Aisy Abrar  duduk diam dan mama boleh la solat. Percubaan pertama gagal...sebab aisy tak nak duduk n tarik-tarik telekungku sambil menangis....banyak kali aku try nak solat ikut imam..tapi tak sampai 1 rakaat lagi aisy dah tarik-tarik telekung minta aku duduk dan minta 'nene'....aduhai anak mama...Last-last balik je la rumah. Sebelum keluar rumah tu nampak happy siap pakai jubah dan kopiah...cam Abang Afif dan Abang Aqil. Hatiku dah berbunga-bunga moga-moga mama boleh solat...tapi tak berjaya. Mungkin Aisy belum biasa lagi. Malam ni second try...mudah-mudahan membuahkan hasil...In Sha Allah.

Kepada para pembaca selamat mengerjakan ibadat puasa dan amalan-amalan sunat di bulan yang mulia ini dengan sempurna. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah yang Maha Esa dan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lepas.

Wassalam.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers