Wednesday, July 10, 2013

Adakah aku telah bersedia untuk pregnant?

Baru-baru ni aku telah luahkan hasrat aku pada suami untuk menambah cahaya mata kami yang
ke-4. Memandangkan umur Aisy Abrar dah masuk 1 tahun 9 bulan. Aku rase dah sampai masa percubaan. Satu lagi faktor umur. Umur adalah salah satu faktor yang paling penting perlu diambil kira. Mana tau lepas ke-4 ada hati lagi nak tambah ke-5...hihihi..

Persoalan yang aku ajukan pada diriku adalah "Adakah aku telah bersedia untuk mengandung?"

This is my wish list :
1. Umur Aisy Abrar
 
Lebih kurang 3 bulan lagi umur Aisy Abrar akan mencecah 2 tahun. So, aku yakin dengan izinNYA aku boleh breastfeed dia sepenuhnya selama 3 bulan lagi dan berhenti breastfeeding bila umur Aisy cukup 2 tahun. In sha Allah...semoga Allah murahkan rezeki anakku.

2.  Alhamdulillah dah ada 3 hero.
 
Kena cari ilmu untuk mendapat anak perempuan pula. Adalah sikit sebanyak info yang aku dapat cemana nak rancang anak perempuan. Di sini aku share hasil googlelan ku.
 
Boleh baca di sini ayahmama.com dan bayi-ibu.com
 
Banyak artikal yang aku jumpa menceritakan jika merancang untuk anak perempuan, sperma perlu dilepaskan seawal habis period atau 3-4 hari sebelum ovulasi. Apa itu ovulasi? So, aku cari info pasal ovulasi. Boleh baca di sini pama.karangkraf.com
 
3. Asid Folic
 
Asid folic merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar mengambil asid folic setiap hari sebanyak 0.6mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Ianya penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi.

Boleh beli pil asid folic di farmasi atau amalkan memakan bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang, jus bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.

4. Berdoa kepada Allah s.w.t
 
Aku hanya merancang, Allah lah yang menentukan segala-galanya. DIA lah perancang yang sebaik-baik perancang dan apa yang ditentukan pastinya adalah yang terbaik untuk diriku.
 
Apa pun semoga info yang aku share dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
 

Selamat Mencuba!!
 

 

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers