Sunday, January 6, 2013

Sekolah Tahfiz Darul Misykah

Alhamdulillah....tahun ni ada pertambahan dalam jadual anak2 aku iaitu menghadiri kelas mengaji Al-Quran di Sekolah Tahfiz Darul Misykah http://darulmisykah.blogspot.com/ . Sekolah ni tidak jauh dari rumah kami. Sebenarnya dah lama aku usha-usha tempat mengaji Al-Quran yang sesuai untuk anak2 aku sehingga lah kami diberitahu oleh baby siter anakku tentang sekolah tahfiz ni.

Afif dan Aqil akan pergi mengaji pada pukul 7.00 pm iaitu sebelum solat maghrib hingga pukul 9.00 pm iaitu selepas solat Isyak. Mereka akan solat maghrib di sana. Lepas maghrib mengaji Quran dan lepas tu solat Isyak. Aku bersyukur sangat dengan adanya sekolah tahfiz ni. So, aku boleh hantar anak2ku mengaji Quran dan belajar solat dengan lebih sempurna. Alhamdulillah..Allah telah makbulkan doa dan harapanku dan aku juga bersyukur kerana Afif dan Aqil seronok mengaji kat sekolah tahfiz tu.

Semoga anak2 mama menjadi hamba Allah yang soleh dan menjadi pejuang agama Allah. Amin...Amin Ya Allah...

Coretan Pertama 2013

Assalamualaikum w.b.t...

Tahun 2013 baru hari ni aku dapat update blog. Kepala tu selalu je teringat nak update blog...banyak cerita2 yang aku nak kongsi, tetapi kesibukan telah melanda diriku...hoho. Almaklumlah bila sekolah dah buka banyak la perkara2 penting yang perlu aku settlekan terutamanya hal persekolahan anak2.

Tahun 2013 Afif dah naik darjah 2 di SK Cyberjaya. Aqil pulak sudah 5 tahun dan masih bersekolah kat PASTI As-Syifa' Puchong Utama. Aisy Abrar sudah 1 tahun 2 bulan. Pejam celik pejam celik sekejap je anak-anak dah besar. Aku berasa seronok dan puas hati melihat anak2 membesar di depan mata.

Tahun ini urusan persekolahan anak2 agak mudah sikit bebanding ngan tahun lepas sebab mereka sudah biasa dengan rutin harian. Jadi aku tidak lah risau sangat. Seperti tahun lepas juga Afif akan balik dari SK Cyberjaya ke rumah transit yang sama dengan van yang sama dan pergi ke SRA Pulau Meranti iaitu bersebelahan dengan rumahku. Aqil pun sama. Balik sekolah jiran aku akan jemput dia dan hantar ke rumah transit yang sama...Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Semoga anak2ku sentiasa dilindungi oleh Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. In shaa Allah.




Hari pertama persekolahan di SK Cyberjaya


Afif dalam kelas tengah tekun mendengar kata-kata guru kelasnya.


Ni pulak gambar Aqil kat Sekolah PASTI As-Syifa'. Gambar tak clear sebab amik gambar di celah-celah parents sebab time ni aku tgh q nak bayar yuran.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers