Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana dengan izinMu aku telah berjaya menamatkan pengajianku. Hari ini adalah hari yg paling bermakna dlm hidup ku. Pagi tadi semua result exam ku dah keluar. Aku berjaya mendapat keputusan yg cemerlang utk semua subjek semester ini. Tidak pernah aku mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang seperti sem ini. Alhamdulillah...hanya itu yg mampu aku ucapkan...aku bersyukur kpd Dia yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Itu semua berkat doa bondaku Sulhah dan ayahandaku Razali. Semasa aku menghadapi peperiksaan, ibu dan ayahku berada di tanah suci Mekah. Mereka sentiasa mendoakan kejayaan anak2 nya setiap waktu. Sebak bila aku dengar ibu cakap ' Ma tengah duduk depan Kaabah ni....' Alhamdulillah akhirnya doa termakbul. Terima kasih ma & abah kerana sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini. Inilah hadiah yg dapat anakmu berikan. Semoga Allah mempermurahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Amin....
To my beloved husband Muhammad Ashraf Shahabudin, terima kasih kerana abanglah penyokong utama sepanjang pengajian ayang. I really love u so much darling...tanpamu disisi siapa la daku. Tidak lupa juga thanks for my lovely mother in law Ishah Abu Bakar kerana sentiasa mendoakan menantumu ini. To kengkawan seperjuangan thanks 4 everything....Rina, Aida, K.Azie, Sarina, Zura, Zila, Farid and yg lain i love u guys and will miss you all....hope all of u cepat naik pangkat.
Banyak pengalaman pahit manis yg telah aku tempuhi sepanjang 3 1/2 thn ini dan akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku.
Aku mula belajar di SPACE UTM pada Julai 2007. Pada mulanya aku berasa tidak yakin untuk belajar secara part time memandangkan aku telah berkeluarga dan telah mempunyai anak. Every weekend pula aku perlu drive dari Putrajaya ke KL untuk menghadiri kelas kuliah di UTM Jalan Semarak. Waktu itu macam-macam aku fikirkan. Siapa nak jaga anak bila aku ke kuliah, bila masa aku nak study, bila nak kemas rumah, masak dan macam-macam lagi. Namun berkat sokongan dari suami dan kedua orang tuaku, aku akhirnya tekad untuk melanjutkan pelajaranku. Alhamdulillah Allah membuka jalan untukku dan mempermudahkan segala urusan ku. Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat mengambil berat. Sepanjang aku belajar, suamiku lah yg banyak meringankan bebanku. Dialah yang menjaga anak, kemas rumah, pergi pasar dan juga masak bila aku ke kuliah. Terima kasih yang tak terhingga dan tak terucap buat 'abang'. Bila suamiku terpaksa bekerja, aku hantar anak-anakku ke rumah pengasuh. Alhamdulillah aku dapat pengasuh yang baik. K.Yah dan K.Ita, terima kasih kerana sanggup menjaga Afif & Aqil dengan baik. Terima kasih juga pada bos aku K.Ida dan Pn. Laila Kerana sudi meluluskan cuti bila menjelang final exam.
Thanks 4 everything....I will keep in my heart....
Monday, November 29, 2010
Wednesday, November 17, 2010
SPA Fish @ Jusco Equine
Papa yang steady
Semasa aku dan family window-window shopping kat Jusco Equine tempoh hari, sempat aku dan husband cuba rawatan terapi oleh ikan GARRA RUFA. SPA fish merupakan salah satu alternatif untuk merawat kaki iaitu dapat melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut2 yang kecil termasuk penyakit kuilt psoriasis dan ekzema. Kaki akan terasa geli bila digigit ikan.
Happy Birthday My Dear
Papa with lovely family
Pada 11/11 yang lepas merupakan hari lahir husband aku yang ke tuttt....heheh. Kami sekeluarga celebrate secara kecil-kecilan jerk....yer la papa kate "dah tua dah wat pe nak celebrate-celebrate lagi". Kalau ikutkan kek pung papa tak bagi mama beli...tapi aku jerk yang berkeras jugak beli kek wat surprise......! Semoga 'abang' panjang umur dan dimurahkan rezeki disamping keluarga tersayang. Amin.
Sweet vacation with family
Pada Ahad yang lepas, kakak ku mengajak kami sekeluarga pergi bermain air di Wet World, di Tasik Shah Alam. So, aku pun ikut je memandangkan aku baru lepas final exam pada hari sabtu. Ok jugak untuk release tension setelah seminggu bertungkus lumus memerah otak. Bawak anak-anak bermain air memang menyeronokkan dan mereka excited sangat.....
Sebelum masuk ke Wet World kami berkelah dulu di tepi tasik Shah Alam....dengan berbekalkan bihun dan keropok yang aku bawak dari rumah......setelah perut kenyang baru kami masuk ke Wet World. Bayaran masuk yang dikenakan mengikut ketinggian iaitu RM10 bagi orang dewasa, RM8 kanak-kanak yang berumur diantara 3 thn ke atas, dan free bagi kanak-kanak bawah 2 thn.
Hari Raya Aidiladha 1431H
Tahun ni disebabkan aku dan hubby sudah kehabisan cuti tahunan, kami sekeluarga tidak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya korban seperti tahun-tahun yang lepas. Kami hanya beraya di kediaman kami di Pulau Meranti. Sedih jugak rasanya dipagi raya....almaklumlah tak pernah beraya kat tempat orang. Dua orang adikku juga turut beraya kat umah aku kerana bonda dan ayahanda kami pergi ke Mekkah menunaikan ibadat haji. Semoga ma & abah mendapat haji yang mabrur. Kakak dan adik-adikku yang lelaki semuanya beraya di kampung Kelantan kerana ingin memberi semangat pada adik kedua bongsu yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.
Memandangkan kami beraya dirumah sendiri, aku sibuk membuat persediaan pada malam menjelang raya dibantu oleh adikku. Oleh kerana sehari sebelum raya aku bekerja, barang-barang keperluan untuk memasak baru dibeli pada malam tu....balik dari pasar terus masak dan alhamdulillah rendangku masak juga akhirnya pada pukul 3 pagi....fuuhh!! Kalau ikutkan ada lagi menu kami yang seterusnya...iaitu kuah kacang nasi impit....tapi aku dan adik sudah mengantuk dan kami KIV dulu....eheheh.
Pada pagi raya sesudah subuh lagi takbir raya sudah berkumandang...aku sekeluarga dan adikku sekeluarga pergi sembahyang di Masjid Ar-Rahman bersebelahan dengan rumahku. Alhamdulillah masjid dekat dengan rumah hanya berjalan dua tiga langkah saja dah sampai....
Masjid yang besar dipenuhi oleh warga P.Meranti kerana ramai yang yang tidak pulang ke kampung disebabkan hanya cuti satu hari saja....kemeriahan di masjid dapat dirasai.
Lepas sembahyang raya...kami semua berkumpul dan sesi bergambar...husband dan adik iparku ke masjid untuk membantu orang sembelih lembu. Anak-anak ku excited nak tengok orang sembelih lembu. Aku juga turut serta ke masjid. Sebanyak 11 ekor lembu yang telah dikorbankan pada hari itu. Sempat aku snap beberapa keping gambar untuk kenangan. Lepas tu kami beraya di rumah jiran, umah sedara di Kajang dan umah bapa sedaraku di Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)