Thursday, September 5, 2013

Selamat Tinggal Syawal

 


Hari ini adalah hari terakhir bulan Syawal tahun 1434 H. Aku berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umur semoga aku berpeluang untuk bertemu Syawal lagi...InsyaAllah.

Wednesday, July 10, 2013

Adakah aku telah bersedia untuk pregnant?

Baru-baru ni aku telah luahkan hasrat aku pada suami untuk menambah cahaya mata kami yang
ke-4. Memandangkan umur Aisy Abrar dah masuk 1 tahun 9 bulan. Aku rase dah sampai masa percubaan. Satu lagi faktor umur. Umur adalah salah satu faktor yang paling penting perlu diambil kira. Mana tau lepas ke-4 ada hati lagi nak tambah ke-5...hihihi..

Persoalan yang aku ajukan pada diriku adalah "Adakah aku telah bersedia untuk mengandung?"

This is my wish list :
1. Umur Aisy Abrar
 
Lebih kurang 3 bulan lagi umur Aisy Abrar akan mencecah 2 tahun. So, aku yakin dengan izinNYA aku boleh breastfeed dia sepenuhnya selama 3 bulan lagi dan berhenti breastfeeding bila umur Aisy cukup 2 tahun. In sha Allah...semoga Allah murahkan rezeki anakku.

2.  Alhamdulillah dah ada 3 hero.
 
Kena cari ilmu untuk mendapat anak perempuan pula. Adalah sikit sebanyak info yang aku dapat cemana nak rancang anak perempuan. Di sini aku share hasil googlelan ku.
 
Boleh baca di sini ayahmama.com dan bayi-ibu.com
 
Banyak artikal yang aku jumpa menceritakan jika merancang untuk anak perempuan, sperma perlu dilepaskan seawal habis period atau 3-4 hari sebelum ovulasi. Apa itu ovulasi? So, aku cari info pasal ovulasi. Boleh baca di sini pama.karangkraf.com
 
3. Asid Folic
 
Asid folic merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar mengambil asid folic setiap hari sebanyak 0.6mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Ianya penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi.

Boleh beli pil asid folic di farmasi atau amalkan memakan bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang, jus bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.

4. Berdoa kepada Allah s.w.t
 
Aku hanya merancang, Allah lah yang menentukan segala-galanya. DIA lah perancang yang sebaik-baik perancang dan apa yang ditentukan pastinya adalah yang terbaik untuk diriku.
 
Apa pun semoga info yang aku share dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
 

Selamat Mencuba!!
 

 

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t...






Alhamdulillah bulan Ramadhan datang lagi..syukur juga pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana panjangkan usiaku untuk aku bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Semoga Allah beri aku kekuatan untuk menjalani ibadat dengan sempurna dan permudahkan segala urusanku sepanjang masa....Amin.

Semalam first try pergi ke masjid nak solat isya' n terawih...dengan harapan Aisy Abrar  duduk diam dan mama boleh la solat. Percubaan pertama gagal...sebab aisy tak nak duduk n tarik-tarik telekungku sambil menangis....banyak kali aku try nak solat ikut imam..tapi tak sampai 1 rakaat lagi aisy dah tarik-tarik telekung minta aku duduk dan minta 'nene'....aduhai anak mama...Last-last balik je la rumah. Sebelum keluar rumah tu nampak happy siap pakai jubah dan kopiah...cam Abang Afif dan Abang Aqil. Hatiku dah berbunga-bunga moga-moga mama boleh solat...tapi tak berjaya. Mungkin Aisy belum biasa lagi. Malam ni second try...mudah-mudahan membuahkan hasil...In Sha Allah.

Kepada para pembaca selamat mengerjakan ibadat puasa dan amalan-amalan sunat di bulan yang mulia ini dengan sempurna. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah yang Maha Esa dan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lepas.

Wassalam.

Wednesday, May 1, 2013

Aku Terima Nikahnya

 
 
 
 
Syukur ke hadrat Ilahi...semalam 1 Mei 2013 genap lah 9 tahun aku bergelar isteri kepada En. Muhammad Ashraf bin Shahabudin. Tanggal 10 Rabiulawal 1425, kami telah diijab kabul dan melayari bahtera rumah tangga sehingga sekarang...Alhamdulillah. Sepanjang 9 tahun aku dan suami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara kami berdua. Aku sangat bersyukur kerana suamiku seorang yang sangat memahami orangnya. Bersyukur sangat...terima kasih Allah. Tak perlu lah aku nak cite lebih-lebih kat post ni, nantikan ada plak orang yang tak mandi karang...hehehe..-:) Terima kasih 'sayang' di atas perhatian dan kasih sayang yang telah diberikan kepada 'ayang' dan anak-anak. I love u so much...!!

Ya Allah Engkau kekalkanlah jodoh kami dan berkati kami sehingga ke akhir hayat, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan menjadi ibu bapa yang mithali untuk anak-anak kami yang solleh dan solehah...Amin.

Sunday, April 14, 2013

Petua awet muda


Jom sama - sama kita amalkan petua yang diberikan oleh Ustazah Fatima Az-Zahra.

Selepas solat Isyak, ambil segelas air dan baca

1. Surah Al-Fatihah 1x
2. Ayat Qursi 1x
3. Surah Al-Waqiah (ayat 35 - 38 ) 7x

 


Semoga memberi manfaat dan selamat beramal.

Doa Pendinding


1. Doa pendinding rumah (pagar rumah)

Surah al-Baqarah di baca dan ditiup pada air dan disemburkan di keliling rumah.

2. Ayat pendinding diri

Ayat akhir surah at-Taubah



Semoga memberi maanfaat kepada semua. Amin...amin..amin..!!

Doa supaya anak-anak tidak suka keluar malam




Surah ar-Ruum ayat 31 (baca 33x)

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -.

 
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers