Wednesday, May 1, 2013

Aku Terima Nikahnya

 
 
 
 
Syukur ke hadrat Ilahi...semalam 1 Mei 2013 genap lah 9 tahun aku bergelar isteri kepada En. Muhammad Ashraf bin Shahabudin. Tanggal 10 Rabiulawal 1425, kami telah diijab kabul dan melayari bahtera rumah tangga sehingga sekarang...Alhamdulillah. Sepanjang 9 tahun aku dan suami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara kami berdua. Aku sangat bersyukur kerana suamiku seorang yang sangat memahami orangnya. Bersyukur sangat...terima kasih Allah. Tak perlu lah aku nak cite lebih-lebih kat post ni, nantikan ada plak orang yang tak mandi karang...hehehe..-:) Terima kasih 'sayang' di atas perhatian dan kasih sayang yang telah diberikan kepada 'ayang' dan anak-anak. I love u so much...!!

Ya Allah Engkau kekalkanlah jodoh kami dan berkati kami sehingga ke akhir hayat, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan menjadi ibu bapa yang mithali untuk anak-anak kami yang solleh dan solehah...Amin.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers