Sunday, April 14, 2013

Petua awet muda


Jom sama - sama kita amalkan petua yang diberikan oleh Ustazah Fatima Az-Zahra.

Selepas solat Isyak, ambil segelas air dan baca

1. Surah Al-Fatihah 1x
2. Ayat Qursi 1x
3. Surah Al-Waqiah (ayat 35 - 38 ) 7x

 


Semoga memberi manfaat dan selamat beramal.

Doa Pendinding


1. Doa pendinding rumah (pagar rumah)

Surah al-Baqarah di baca dan ditiup pada air dan disemburkan di keliling rumah.

2. Ayat pendinding diri

Ayat akhir surah at-Taubah



Semoga memberi maanfaat kepada semua. Amin...amin..amin..!!

Doa supaya anak-anak tidak suka keluar malam




Surah ar-Ruum ayat 31 (baca 33x)

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -.

 

Doa Anak Lembut Hati dan Elak Panas Baran




Surah Al-Anbiyaa' (ayat 69)


Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!".

Surah al-Hasyr ayat 22-24

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Menguasai (sekalian alam) Yang Maha Suci Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan) Yang Melimpahkan Keamanan Yang Maha Pengawal serta Pengawas Yang Maha Kuasa Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya) Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada) Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya) bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia- mulianya bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tidak ada tuluk bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

 

Doa Elak Suami Isteri dan Anak-anak Bergaduh




 

Surah al-Baqarah, ayat 102

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.


 

Doa Kebahagian Rumah Tangga






Surah Toha, ayat 39

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

 

Doa Anak Rajin Sekolah




 

Surah Taha (Ayat 1-5)

 

Doa Anak Lembut Hati



 Doa anak lembut hati




Surah Al-Anbiyaa' (ayat 69)


Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!".



Doa Diberi Zuriat Yang Menyejuk Mata Memandang




 

Surah Al-Furqan (ayat 74)


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.





Doa Agar Anak Taat Kepada Allah




 
Surah Al-Baqarah (Ayat 128)






"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani




Doa Supaya Anak Kerjakan Solat





 Surah Ibrahim (Ayat 40 - 41)



"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".




Doa Mohon Zuriat Yang Baik





Surah Ali-Imran (Ayat 38)



Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.



Doa Mohon Rahmat





 Surah Ali-Imran (Ayat 8-9)



(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.



"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

 


Doa Anak Pandai Belajar




Doa anak pandai belajar

Surah Al-Anbiyaa' (Ayat 79)

Terjemahan :

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak): dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.






Sunday, April 7, 2013

Khasiat Pure Marine Collagen (PMC)

 


Last week adik iparku pergi ke Sabah. Dia ada beli rumpai laut sebagai buah tangan untuk aku dan suami. Terima kasih yer Mie. Apa lagi, aku terus la tanya pakcik google untuk mengetahui apa kelebihan dan khasiat sebenar rumpai laut original ni yang juga dikenali sebagai Pure Marine Collagen(PMC). Lepas google barulah ku tahu betapa tingginya khasiat semulajadi yang ada pada PMC ini dan hebatnya ciptaan Allah s.wt. Subhanallah.

******************************************************************************

Info :

Khasiat Pure Marine Collagen

Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
* Anti-bakteria, membuang TOKSIN
* Menghilangkan SEMBELIT
* Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
* MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
* Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
* MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
* Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM, SELULIT dan JERAWAT
* Membantu meningkatkan METABOLISME
* Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
* Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
* Melembutkan TUMIT KAKI merekah
* Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
*BMeningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
* Mencegah KANSER/TUMOR
* Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
* Mencegah ANEMIA
* Memberi Kekenyangan/DIET
* Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
* Memberi TENAGA

siapa yang boleh makan kolagen ni?:

* Wanita dan lelaki
* Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj).
* Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
* Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
* Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia bersifat sejuk.
Faedah & Aplikasi:

Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras kolesterol dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung . Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik bagi mencegah gejala metabolisma gula, amat berkesan untuk mencegah Diabetes. Manakala kesan Serat Tidak Larut lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman.

Cara membuat masker
================
1, Cuci muka dengan air suam 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
Lagi elok kalau diwapkan dengan wap air panas/suam

 segenggam anggaran 100gm rumpai laut gred AAA warna unggu selepas di rendam 6 jam.


Banyak lagi khasiat PMC ni. Anda boleh baca disini http://resepipilihan-lizaharun.blogspot.com/2012/11/rumpai-laut-mentah-kolagen-mampu.html untuk info yang selanjutnya. 
 

Monday, April 1, 2013

Mendidik Anak Dengan Teknik Nabi

Assalamualaikum w.b.t...

Di sini aku ingin kongsikan ilmu keibupaan menggunakan teknik nabi yang dikongsikan oleh seorang rakan. Terima kasih kak 'N' kerana sudi berkongsi blog-blog yang menceritakan bagaimana teknik ini diaplikasikan. Rakan-rakan boleh layari blog-blog ini untuk kita sama-sama belajar dan memperbaiki diri dengan mengaplikasikan teknik nabi yang ternyata berkesan.

Boleh baca disini :- http://enciksharulnizam.blogspot.com/search/label/teknik%20markah%20dorongan dan  http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/

Semoga kita berjaya mendidik amanah Allah dengan cara yang betul dan mudah-mudahan mereka menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahNya, bijak pandai, berilmu, baik budi bahasa dan menjadi pejuang agama Allah. Amin...Amin...Amin.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers